atau Daftar Sekarang Cara Biasa / Login : Username   Password     Lupa? KLIK SINI

Hub Usahawan Online - EdyMart

Bisnes Dropship Percuma - Hub Usahawan Online

Visi Misi Objektif EdyMart

E-mail Print PDF
VISI
Melahirkan usahawan offline dan online yang maju dan berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa.

MISI
Mewujudkan prasarana dan kemudahan infrastruktur kepada usahawan dalam membimbing serta membentuk mereka menjadi usahawan yang berjaya.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan masyarakat peniaga/usahawan menggunakan medium internet
Di EdyMart, usahawan boleh berkomunikasi secara maya dan saling bertukar-tukar idea menyebabkan masyarakat peniaga/usahawan lebih proaktif dalam mencari peluang perniagaan dengan mudah.

2. Mengadakan e-infrastruktur yang komprehensif supaya usahawan berdaya maju
Pelbagai infrastruktur disediakan seperti forum, blog, group, event, video & photo yang mana ini memudahkan usahawan menyampaikan maklumat perniagaan dengan mudah dan pantas.

3. Merealisasikan aliran ekonomi yang bersepadu
Di EdyMart, pelbagai proses jual beli berlaku samada daripada kami kepada pengedar dan daripada pengedar kepada pelanggan. Ia juga menyediakan pelbagai sumber pendapatan yang boleh di jana melalui medium internet.

4. Kemudahan proses urus niaga yang telus
Proses urus niaga di EdyMart yang telus menjadi prinsip asas dalam membina rangkaian usahawan di seluruh Malaysia dan ini mampu meyakinkan pelbagai lapisan manusia dalam melalui proses urusniaga tersebut.

5. Membuka peluang perniagaan yang meluas
Kepada mereka yang ingin menceburi dalam bidang perniagaan internet, usahawan yang ingin memperluaskan perniagaan mereka melalui EdyMart.
Pelbagai peluang perniagaan dibuka kepada mereka yang berminat untuk menyertai kami, samada sebagai pengimport, pengedar, pembekal mahupun peruncit.


Visi Misi Objektif EdyMart
Last Updated ( Tuesday, 05 April 2011 11:24 )  

Statistik Prasarana

Komuniti : 8283 orang
Pengedar: 1209 orang
Groups : 24
Forum : 90145 pembaca
Blog : 404 Topik
Video : 70 video
Gambar : 1374 gambar